Quantcast
' Suku Batu Hampar Suku Batu Hampar Suku Batu Hampar | Suku Batu Hampar

Followers

ASSALAMMUALAIKUM....TERIMA KASIH KERANA SUDI DATANG KELAMAN INI

Saya berketurunan orangtua saya RamliJohor (nickname saya di Facebook) dari suku Batu Hampar yang dahulunya berkeluarga besar Kampong Pelangai Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Namun ajal ditentukan oleh Illahi maka orangtua yang kembali kepada penciptanya. Saya bersyukur kepada illahi kerana diberi kesempatan bagi saya masih mempunyai nama dan asal keturunan saya walaupun ibu saya bukan orang beradat perpatih  Sehubungan dengan itu saya berasa bangga untuk menjemput mana mana teman yang berada di dalam internet yang berminat turutserta boleh click like atau berdaftar dengan registered blog saya. Saya bangga dengan keturunan saya walaupun saya bukannya gulongan yang berdarah biru atau berdarjat...

SAYA INGIN BERTANYA DENGAN TEMAN TEMAN ADAKAH WAJAR KITA BERSATU DAN BERHUBUNGAN ANTARA SATU DENGAN LAIN UNTUK BERKENALAN ? MEMANDANGKAN USAHA KITA BERJUMPA MUNGKIN MELIBATKAN PERANCANGAN MASA. OLEH DEMIKIAN SAYA BERFIKIR DAN MENCADANGKAN ADAKAH KITA SEMUA BERHUBUNG DENGAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET YANG ADA....



Sehubungan dengan itu saya berasa bangga untuk menjemput mana mana teman yang berada di dalam internet yang berminat untuk turut serta dan bersembang dipelbagai laman sesawangan yang ada melalui Facebook, Twistter, Blog, Email, SMS, Chat dan sebagainya ...teman teman boleh click like atau berdaftar dengan registered blog saya yang disediakan. Dengan izin illahi, Saya bersyukur dengan keturunan saya walaupun saya bukannya gulongan yang berdarah biru atau berdarjat...saya redha akan ketentuan illahi....

BERITA SEMASA

REMBAU: Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman hari ini mengisytiharkan pelantikan Khairol Nizam Yahaya sebagai Datuk Lembaga Suku Batu Hampar Patani dengan gelaran Datuk Putih. 


Khairol Nizam, 37, anak keenam daripada 10 orang adik beradik adalah Imam 1 Masjid Kariah Kampung Astana Raja, dekat sini. 
Istiadat pelantikan itu berlangsung di Balai Undang Luak Rembau di sini. 


Turut hadir ialah pengerusi istiadat pelantikan, Datuk Perba Yahaya Abdul Ghani yang juga Lembaga Suku Biduanda Waris Nan Dua Carak Delapan Kampung; Orang Besar Undang Luak Rembau serta Lembaga Tiang Balai Empat Di Baruh dan Empat Di Darat Luak Rembau. 

Selepas pengisytiharan pelantikan itu, Khairol Nizam kemudian menjunjung kasih dan merafak sembah kepada Undang Luak Rembau dan disusuli dengan ikrar sumpah taat setia. 

Beliau kemudian menandatangani watikah pelantikan dengan disaksikan oleh Yahaya (Datuk Perba), Datuk Andika Ainul Hasni Abu Hassan dan Datuk Gempa Maharaja Ismail Jassin. 

Ketika berucap pada majlis itu, Muhamad Sharip berkata pelantikan itu dilaksanakan bagi mengisi kekosongan pesaka Datuk Putih yang kosong lebih tiga bulan lepas dan ia sebagai mematuhi pepatah perbilangan adat "patah tumbuh hilang berganti". 
Katanya, pelantikan ini bukan sahaja sebagai satu kesinambungan bagi melicinkan pentadbiran institusi adat dalam Luak Rembau, malah ia sebagai satu tempat rujukan bagi permasalahan adat dalam satu-satu suku itu. 

"Dengan adanya Datuk Lembaga dalam suku masing-masing, dapatlah anak-anak buah daripada suku-suku ini membuat rujukan sekiranya berbangkit soal adat, mahu pun soal tanah pesaka adat," katanya. 

Beliau berharap penyandang pesaka bersedia melengkapkan diri dengan pengetahuan dan soal adat. - Bernama
http://www.bharian.com.my/articles/UndangLuakRembauisytiharpelantikanDatukPutih/Article/


No comments:

Post a Comment